Bahan asas Truffle
8 aun semi-sweet atau bittersweet chocolate (yg berkualiti, 62% koko atau lebih),di cincang dalam kepingan kecil.
1/2 cawan krim
1 sudu teh perasa vanilla
Campurkan krim,coklat dan perasa vanilla,gunakan kaedah double boiler,iaitu krim dan coklat didalam satu bekas,dan lagi satu bekas berisi air yg diletakkan diatas api.
Apabila campuran coklat cair,alihkan dari double boiler,dan pindahkan ke bowl lain,biarkan sejuk.Setelah sejuk,simpan didalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.
Cara yang baik untuk roll truffle,dengan menggunakan kedua belah tangan.Cuci tangan dengan air sejuk,sebab suhu tapak tangan yang panas akan mencairkan coklat.
Jadi truffle ni adalah coklat yang dicairkan dengan krim,pastu biarkan keras selama beberapa jam di peti sejuk,buatkan bentuk bebola kecil dan golek-golekanya di atas topping pilihan,yang popular ia serbuk koko.
S E L A M A T B E R TRUFFLE