dearest & nearest yang sedang singgah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 1 January 2012

Jom buat Chocolate Truffle,lebih best dari Ghost Protocol.

  Chocolate is called the ingredient which brings happiness because it increases the serotonin form your body. Thus, you will forget about your problems and worries or at least will see them in a more positive way. It is no wonder that after eating a piece of chocolate life seems simpler and much more fun.


Bahan asas Truffle
8 aun semi-sweet atau bittersweet chocolate (yg berkualiti, 62% koko atau lebih),di cincang dalam kepingan kecil.
1/2 cawan krim
1 sudu teh perasa vanilla




Campurkan krim,coklat dan perasa vanilla,gunakan kaedah double boiler,iaitu krim dan coklat didalam satu bekas,dan lagi satu bekas berisi air yg diletakkan diatas api.
 

Apabila campuran coklat cair,alihkan dari double boiler,dan pindahkan ke bowl lain,biarkan sejuk.Setelah sejuk,simpan didalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.

Cara yang baik untuk roll truffle,dengan menggunakan kedua belah tangan.Cuci tangan dengan air sejuk,sebab suhu tapak tangan yang panas akan mencairkan coklat.

  Topping truffle ada berbagai jenis,serbuk koko,kacang pistachio yg dicincang dan sebagainya.Jadi kita golek-golek bebola truffle tadi diatas topping pilihan,samada,serbuk koko atau sebagainya.

Jadi truffle ni adalah coklat yang dicairkan dengan krim,pastu biarkan keras selama beberapa jam di peti sejuk,buatkan bentuk bebola kecil dan golek-golekanya di atas topping pilihan,yang popular ia serbuk koko. 


S E L A M A T   B E R TRUFFLE