dearest & nearest yang sedang singgah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Chocolate. Show all posts

Sunday, 1 January 2012

Jom buat Chocolate Truffle,lebih best dari Ghost Protocol.

  Chocolate is called the ingredient which brings happiness because it increases the serotonin form your body. Thus, you will forget about your problems and worries or at least will see them in a more positive way. It is no wonder that after eating a piece of chocolate life seems simpler and much more fun.


Bahan asas Truffle
8 aun semi-sweet atau bittersweet chocolate (yg berkualiti, 62% koko atau lebih),di cincang dalam kepingan kecil.
1/2 cawan krim
1 sudu teh perasa vanilla




Campurkan krim,coklat dan perasa vanilla,gunakan kaedah double boiler,iaitu krim dan coklat didalam satu bekas,dan lagi satu bekas berisi air yg diletakkan diatas api.
 

Apabila campuran coklat cair,alihkan dari double boiler,dan pindahkan ke bowl lain,biarkan sejuk.Setelah sejuk,simpan didalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.

Cara yang baik untuk roll truffle,dengan menggunakan kedua belah tangan.Cuci tangan dengan air sejuk,sebab suhu tapak tangan yang panas akan mencairkan coklat.

  Topping truffle ada berbagai jenis,serbuk koko,kacang pistachio yg dicincang dan sebagainya.Jadi kita golek-golek bebola truffle tadi diatas topping pilihan,samada,serbuk koko atau sebagainya.

Jadi truffle ni adalah coklat yang dicairkan dengan krim,pastu biarkan keras selama beberapa jam di peti sejuk,buatkan bentuk bebola kecil dan golek-golekanya di atas topping pilihan,yang popular ia serbuk koko. 


S E L A M A T   B E R TRUFFLE

Thursday, 8 December 2011

Chocolate Fondue,jom buat untuk majlis istimewa...

Pernah dengar Chocolate Fondue tak?Photo kat bawah tu la rupanya.....
 Chocolate Fondue ni cam coklat yg kita masak dengan krim,pastu ada buah2an segar,marsmellow atau apa je yg kita nak dip kat chocolate



Jom kita buat sesama ya....jadi untuk Chocolate Fondue ni kita kena ada....
Fondue set...kat Ikea ada jual...

....juga cooking chocolate atau coklat masakan

dan cooking cream atau krim untuk masakan,photo atas tu untuk krim putar,jenama yang sama ada untuk krim masakan ataupun jenama President,dipasaraya ada jual...atau pun jenama lain kegemaran anda.

Pastu masak cam ni...
Resepinya:
·         12 ounces of dark chocolate (chips atau blok,kalau blok pastikan dah dipotong kecil2,senang cair nnt bila kita masak)
·         8 ounces krim
·         Secubit garam
Caranya:
Panaskan krim dengan api yang sederhana hingga  nampak buih buih kecil terbit.Masukkan coklat dan kacau sehingga nampak smooth atau licin dan sebati adunan tadi.
Kemudian pindahkan dengan segera ke fondue pot(yg kita beli kat Ikea tu),dengan api yang perlahan.
Jika coklat mula agak kental di fondue pot,tambahkan sedikit krim ke dalamnya.


Fondue ni kena ada: 


Buah2an kering seperti Apricot,Prune dan sebagainya.
Wafer...

Marsmellow

...dan yg mesti buah2han potong,kalau budget lebih Strawberry kena ada,tembikai,honeydew,rockmelon,pisang...dan sebagainya la..ikut budget dan pilihan hati

....kalau tak ada Set Fondue,susun je cam photo kat atas,coklat bole diletak kat mangkuk je,buah,wafer,marsmellow dan buah kering kat piring je...

Kalau nak best,dengan Set Fondue la...baru  gempak....

Sesuai untuk hidangan makan malam,majlis2 istimewa...jadi nampak la kelainanya....mesti nnt jadi sebutan ramai...

Selamat ber F O N D U E ya.....